West Coast Expressway (WCE) telah mengumumkan bahawa kutipan tol bagi Jajaran Seksyen 2, yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) ke Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Shah Alam (KESAS), akan bermula jam 12.01 tengah malam ini, 13 Jun 2025 (Jumaat).
Menurut pengendali lebuhraya ini, kutipan tol akan dilaksanakan secara elektronik sepenuhnya dan berintegrasi dengan sistem tol Lebuhraya SKVE. Bagi memastikan perjalanan yang lancar, pengguna dinasihati supaya memastikan baki kad Contact n Go atau e-wallet mencukupi serta menggunakan lorong pembayaran yang betul.
Kadar tol yang ditetapkan untuk laluan terbabit adalah seperti foto di bawah:
Jajaran laluan yang menghubungkan Persimpangan Bertingkat SKVE ke Persimpangan Bertingkat KESAS ini mula dibuka sejak 22 Januari 2025 dan diberi pengecualian kadar tol sehingga jam 11.59 malam ini, 12 Jun 2025. Laluan ini melibatkan jajaran sepanjang 7.2 kilometer dan pengguna kini mempunyai laluan alternatif yang lebih mudah dari Banting menuju ke Shah Alam, Klang, Putrajaya, Kajang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebaliknya dengan sambungan terus ke Lebuhraya SKVE dan Lebuhraya KESAS.
Nak jual kereta anda? Jual dengan Carro.